PERHATIAN:
Berkuatkuasa 2 Januari 2023, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan Microsoft 365 sebagai medium utama komunikasi bagi E-mel dan Storan Awan menggantikan Google Workspace Education Fundamental (GWEF) selepas mendapat kelulusan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan mendapat saranan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menggunakan produk microsoft sepenuhnya. Semua Emel bermula pada tarikh berkenaan akan mula diterima melalui akaun Microsoft Outlook (E-Mel) pengguna.
Migrasi Peti E-mel daripada Gmail ke Microsoft Outlook pakan dilaksanakan secara berperingkat bermula Jan 2022 dan dijangka sehingga Mei 2023. Bagi dokumen di dalam Google Drive, adalah amat digalakan bagi pengguna membuat pemindahan dokumen sendiri ke akaun Microsoft OneDrive.
Sebagai rujukan, semua maklumat berkenaan manual pengguna dan video boleh dirujuk di pautan berikut: https://docs.ums.edu.my atau melalui pautan di shorturl.at/dehRU (OneDrive).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Helpdeks@DigitalUMS ditalian +60 88-329 002 (Call/Whatsapp)